top of page

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH mampu mengembeleng potensi individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat.

KURSUS SECARA SAMBILAN/ PROGRAM PENGAJIAN SEPARA MASA

​​

PENGENALAN
Program pengajian separa masa memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti kuliah di hujung mingga serta menambah pengetahuan dan kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep "Learn As You Earn".

 

KSS merupakan semua program akademik yang diluluskan oleh Lembaga Kurikulum Pengajian. Kurikulum bagi program KSS   adalah sama dengan kurikulum yang digunakan oleh Program Sepenuh masa. Setiap kursus mempunyai mata kredit yang sama seperti diamalkan oleh Program   sepenuh masa. Pelajar dikehendaki memperolehi mata kredit yang secukupnya bagi tujuan penganugerahan diploma iaitu anggaran mata kredit di antara 90 hingga 98 mata kredit.

TEMPOH PENGAJIAN DAN WAKTU KULIAH
Program ini akan dilaksanakan selama 8 hingga 10 semester dan kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad kecuali pada minggu cuti semester dan cuti pelepasan am yang jatuh pada hari tersebut.

YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian untuk satu semester dianggarkan RM 1,000 ke RM 1,500 bergantung kepada program dan jumlah jam kredit. Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pengeluaran simpanan akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

​

Terdapat 5 jenis program yang ditawarkan :

1.Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)
2.Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
3.Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
4.Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB)
5.Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

 

Syarat kemasukan ke program KSS ialah :

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas)
d. Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk;

Matematik atau Matematik Tambahan

SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/ teknikal/ vokasional
SATU (1) mata pelajaran lain

 

ATAU

Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

 

ATAU

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

 

ATAU

Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan. Sila layari www.mqa.gov.my untuk maklumat lanjut.

​

Permohonan Diploma Separa Masa

Sila klik www.politeknik.edu.my untuk permohonan secara online.

​

Maklumat Am Pendaftaran Sesi Disember 2017

​

Garispanduan Pengambilan dan Perlaksanaan Kursus Secara Sambilan

KURSUS TERLANGGAN

​​

  1. Program yang dilaksanakan mengikut keperluan pihak industri sepenuhnya. Tenaga pengajar terdiri daripada pihak industri dan juga institusi yang berkenaan. Peserta yang dipilih adalah dari kalangan kakitangan industri yang memerlukan latihan yang berkenaan. Kemudahan seperti peralatan asal dan bengkel akan disediakan oleh politeknik.

  2. Program terlanggan dan jangka pendek yang telah dan akan dijalankan :

  3. a.Program Usahasama PSA – Panasonic Industrial Devices (M) Sdn Bhd : Diploma Kejuruteraan Mekatronik b. Program Usahasama PSA – Elektrisola (M) Sdn Bhd : Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal c. Program Usahasama PSA – FE Magnet Wire (M) Sdn Bhd : Diploma Kejuruteraan Mekatronik d. Program Usahasama PSA – Western Digital (M) Sdn Bhd : Diploma Kejuruteraan Automasi, Diploma Eksekutif Kejuruteraan Teknologi Automasi e. Program Usahasama PSA – Kong Zi Institute : Kursus Asas Bahasa Mandarin f. Program Usahasama PSA – Sage Software (M) Sdn Bhd : Kursus UBS Accounting  g. Program Usahasama PSA – Shenviro Hall Sdn Bhd : Kursus Sijil Pegawai Keselamatan dan Kesihatan h. Program Usahasama PSA – OYL Condair (M) Sdn Bhd : Kursus Welding and Brazing

​

       

    Penerangan mengenai

 

    DEA

​

    DEBM

​

      

KURSUS PENDEK

​​

Program Jangka Pendek ialah program yang dilaksanakan di antara politeknik dengan  industri dan pihak luar mengikut struktur yang ditetapkan oleh politeknik dalam memberi latihan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan maklumat.

​

Senarai Kursus Pendek 2019

​

Borang Permohonan Kursus Pendek

http://bit.do/psa_psa_aida

​

bottom of page