top of page

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) bertanggungjawab merancang, mengelola dan melaksanakan latihan bagi staf akademik dan bukan akademik di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), demi memastikan pembangunan kompetensi, kecemerlangan dan pembelajaran berterusan staf dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan dan memenuhi standard.
-----------------------------------------------------------------------------------
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005
DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM
-----------------------------------------------------------------------------------

Dasar, Objektif Dan Strategi Latihan

Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

 

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam digubal untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  1. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;

  2. Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi;

  3. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;

  4. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;

  5. Mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah (value– added) di dalam sektor awam;

  6. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

 

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dilaksanakan dengan menggunakan strategi-strategi berikut :

  1. Setiap Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan ;

 

  1. Setiap Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing- masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun;

---------------------------------------------------------------------------------------------------
PELAKSANAAN DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------------------------------------

  1. Sasaran baru mengikuti latihan/kursus bagi setiap pegawai kementerian, jabatan. Politeknik dan agensi di bawahnya ialah sekurang-kurangnya 10 hari setahun mulai tahun 2011.

 

   2.   Sasaran Pencapaian mengikuti latihan/kursus sekurang-kurangnya 10 hari setahun bukan sahaja telah dijadikan sebagai Key Performance             Indicators [KPI] ketua-ketua bahagian/jabatan, tetapi juga akan dijadikan sebagai sebahagian daripada pemarkahan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan [LNPT].

PENGENALAN ULPL

bottom of page